Jenama Croc's Haram Dipakai


Tarikh Keputusan: 
 6 Jul, 2010

Huraian Tajuk/Isu: 
Mohon Fatwa Berkenaan Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah

Keputusan: 
Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincangkan dan di bahaskan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian maka keputusannya adalah seperti berikut :
          Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :
“ Semua selipar dan kasut berjenama Croc's yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah ( LILLAH ) لفظ الجلالة  adalah haram penggunaannya.
Oleh itu, semua umat Islam  di negeri Johor dilarang ; membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan”.
والله أعلم بالصواب
Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan
Ytt bukan nak menyibuk, cuma ingin menyampaikan..Mungkin ia isu yang agak sensitif, atau mungkin orang akan kata ini agenda untuk menjatuhkan sesuatu syarikat. YTT cuma nak kongsi dan lepaskan tanggungjawab YTT je..Kalau YTT tak kongsi, YTT akan tanggung dosa.

sumber: meniti kehidupan insan

Comments