Jadi tua dalam masa sehari

Nguyen Thi Phuong dari Vietnam baru berusia 26 tahun, tetapi sering disalah anggap sebagai seorang wanita tua.

Selepas mengalami reaksi alergi pada tahun 2008 dan mengambil pelbagai ubat yang ditetapkan, kulit muka, leher dan tangan Phuona dengan cepat berkedut dan menjadi kendur, menyebabkan penampilan dirinya bagaikan seorang nenek yang berusia 70 tahun.

 Semuanya bermula apabila wanita muda yang berasal dari daerah Giong Trom Ben Tre ini makan makanan laut.

Ia menyebabkan mukanya mengalami ruam gatal yang teruk, sehingga dia terus menggaru dan mencakar mukanya walaupun di dalam tidur, Phuong memberitahu kepada Tuoi Tre, sebuah akhbar harian utama Vietnam.

Bagi mengurangkan gejala ruam gatal yang teruk itu, dia makan beberapa ubat yang dibelikan suaminya, Nguyen Thanh Tuyên, 34 tahun.

Ubat-ubatan itu tidak mendatangkan sebarang kesan. Beliau kemudian bertemu dengan seorang doktor tempatan, yang kemudiannya memberikan beberapa pil untuk dermatitis.

Walau bagaimanapun, pil itu menjadikan mukanya bengkak dan gatal-gatal pada kulitnya. Dia berhenti memakan ubat selepas seminggu, dan mula merujuk dengan beberapa pengamal perubatan tradisional Cina di bandar.

Dia telah diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan bengkak, tetapi ia menambahkan berat badannya. Tambahan pula ubat itu agak mahal dan VND30,000 (RM 6.00) diperuntukkan setiap hari, malah ia tidak mendatangkan banyak perubhan pada dirinya.

Phuong mula memakai topeng muka apabila dia keluar. Selepas suaminya berhenti kerja pada tahun 2009 untuk menjaganya, mereka kehabisan wang dan dia berhenti mengambil semua ubat.

Beliau kemudian memutuskan bahawa ia adalah takdir yang ditetapkan oleh Tuhan dan mereka sudah berhenti untuk berusaha mendapatkan rawatan untuknya.  

kredit:pulakdah

Comments