Pelakon dan pengacara, Jimmy
Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam,
isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak
haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata,
kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur
perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak
lagi meneruskan tabiat buruk itu.
Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang
mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz
dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.
Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah
zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya
mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.
Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.sumber
Comments
Post a Comment