Initial D versi Malaysia


Seorang anak memberitahu bapanya pandangan matanya yang kadangkala ok dan kadangkala gelap setiap kali dia keluar menghantar barang pada waktu malam. Bimbangkan keselamatan dan kesihatan mata anaknya, si bapa membawanya berjumpa doktor. 

Si Bapa: Doktor, anak saya mengadu kadang-kadang mata dia tak nampak bila bawak kereta waktu malam. Mungkinkah matanya ada masalah?

Si doktor lalu memeriksa mata si anak. Namun tiada apa-apa masalah yang di dapati. Doktor tersebut adalah peminat setia cerita Initial D.

Doktor: Maaf encik. Mata anak encik sangat sihat. Malah matanya lebih sihat daripada mata encik. Mungkin ada perkara lain yang terjadi?

Si ayah: Maksud encik?

Doktor: Mungkin dia membawa kereta terlalu laju, hinggakan keadaan sekeliling menjadi kabur akibat terlalu laju?

Si ayah: Saya tak pasti tentang itu. Nanti saya panggil dia.

Si ayah memanggil anaknya berjumpa doktor. Dia lantas bertanya kepada si anak.

Si Ayah: Amad, kamu bawak kereta laju ke?

Si Anak: Laju jugak. Kenapa?

Doktor:Ha, mungkin itu sebabnya pandangan kamu menjadi kabur. Berapa km/j kamu bawak kereta biasanya?

Si doktor berfikir bahawa dia mungkin boleh melihat adegan Initial D di Malaysia.

Si Anak: Saya bawak kereta biasanya 40km/j.

Si doktor terkejut mendengar pengakuan budak lelaki itu.

Doktor: hah, 40km/j je??Kenapa kamu kata laju bila saya tanya??

Si Anak: Yelah, bukan senang nak bawak kereta sorong 40km/j! Di kampung, sayalah juara!

Si doktor pengsan mendengar pengakuan si anak.

Si ayah memarahi anaknya kerana membuat si doktor pengsan. Si anak lantas memakai cermin mata hitamnya dan keluar dari bilik tersebut. 

Dia kemudiannya menjerit, “Ayah, hari dah nak hujan!” sedangkan mereka berada di dalam hospital.

Kesimpulannya??pikirla sendiri ye..

Comments