Ibu Tembak Mati 4 Anaknya Sendiri

Seorang ibu menembak mati empat anaknya pada awal pagi Selasa sebelum menembak dirinya sendiri di rumah mereka di Port St. John, Florida, Amerika Syarikat.

Seorang jiran terdengar bunyi tembakan pada 4.50 pagi.

Dia kemudiannya terdengar bunyi ketukan di pintu sebelum terkejut dengan kehadiran tiga kanak-kanak di depan rumahnya.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu telah pergi ke rumah jiran mereka untuk memberitahu yang ibu mereka cuba menembak mereka, kata Lt. Tod Goodyear dari Pejabat Syerif Brevard County.

Ibu tersebut, Tonya Thomas, 33, kemudian memanggil ketiga-tiganya balik ke rumah. Thomas kemudian menembak kesemua mereka, ketiga-tiganya kemudiannya disahkan mati.

“Saya seorang bapa dan saya mempunyai anak-anak. Saya tidak boleh memahami bagaimana seseorang boleh melakukan sedemikian kepada anak mereka – memanggil mereka balik untuk disembelih,” kata Goodyear.

Polis turut menemui anak perempuan sulung Thomas, Pebbles Johnson, 17, yang cedera di halaman depan rumah tetapi dia juga gagal untuk diselamatkan.

Anak-anak lain -Joel Johnson, 12, Jazlin Johnson, 13, dan Jaxs Johnson, 15 – kesemuanya mati, termasuk Thomas sendiri.

Tiada nota bunuh diri yang dijumpai di rumah, tetapi Goodyear berkata seorang saksi memberitahu polis yang dia menerima SMS dari Thomas pada kira-kira 3 pagi yang mengatakan bahawa dia ingin dibakar bersama anak-anaknya.

“Malangnya dia (saksi) tidak nampak membaca SMS itu sehingga dia bangun pagi tadi…selepas kejadian berlaku,” kata Goodyear.

Comments