Gantung diri

SUNGAI SIPUT - Hairan adik tidak menyahut panggilan dari luar bilik, seorang lelaki terkejut apabila melihat ­adiknya tergantung di besi kipas angin sebaik sahaja pintu bilik berkenaan dipecahkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi di rumahnya fiTaman Tun Sambathan kelmarin, adiknya Chen Kin Fei, 33, dipercayai menggantung diri tanpa disedari ahli keluarga lain.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Menurutnya, kematian mangsa hanya disedari ahli keluarga pada keesokan paginya apabila abangnya membuka pintu bilik.

“Mangsa yang bekerja membantu perniagaan abangnya itu tinggal bersama keluarga dan belum berkahwin.

“Pada pagi kejadian, abangnya cuba mengejutkan mangsa dari tidur dengan mengetuk pintu bilik namun, mereka hairan kerana tiada tindak balas dari mangsa yang berada di dalam,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, bimbang sesuatu tidak diingini berlaku, abang mangsa bertindak memecahkan pintu bilik dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tergantung menggunakan tali yang diikat pada besi kipas angin.

Jelasnya, sebaik sahaja mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, mereka terus membuat panggilan kecemasan dan anggota polis segera dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan doktor 
mengesahkan mangsa mati kerana sesak nafas akibat jerutan pada leher,” katanya.

Azman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan berdasarkan siasat, pihaknya mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Comments