Gangguan Seksual secara tidak langsung


Seorang teman mengadu rasa terganggu akibat perbualan sekumpulan lelaki yang melakukan gangguan seksual secara tidak langsung terhadapnya. Gangguan seksual tidak langsung yang saya maksudkan bukanlah melalui sentuhan, sebalinya melalui kata-kata.

 Katanya dia melalui meja jejaka-jejaka kurang sopan itu untuk ke kaunter bayaran. Sebaliknya, dia dimalukan apabila lelaki2 terbabit bertindak “memuji” asetnya sedangkan ketika itu dia hanya memakai t-shirt biasa serta tudung yang agak labuh dan bukanlah pakaian yang seksi.

Apa yang terjadi ialah, dia terasa di”telanjangkan” dengan renungan mata-mata nakal dan ayat-ayat yang memalukan itu. Apa tidaknya, aset wanita bukanlah untuk dipertontonkan. Entah apa yang bermain di fikiran jejaka-jejaka tersebut. Kalau aku sendiri berada di tempatnya, mahu kucili budak2 tu.

Tak pasti pula bagaimana lelaki tafsirkan kecantikan dan keseksian seorang wanita sebab aku tak pernah jadi lelaki..hehe..

#Risau apabila fikirkan kes2 jenayah yang menimpa kaum wanita kini. Nak lawan dengan silat pun dah berkarat sebab lama tak praktis.

Comments