Fasha Sandha, Eira Shazira mengandung

Fasha Sandha yang baru sahaja pulang dari berbulan madu telah hamil dua minggu. Berita gembira ini telah disahkan melalui pesanan BBM yang diterima daripada pengurus Fasha, Nik Yasmin.

"Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat," ujarnya dalam nada gembira.

Sementara itu pelakon Eira Shazira dan suaminya Azad juga bakal menimang cahaya mata. Kandungan beliau kini dikatakan mencecah enam minggu. 
 
Eira yang sangat gembira dengan berita tersebut terus sahaja menyebarkannya dalam laman twitter miliknya.

Comments