Dua perbincangan besar dalam negara yang ditunggu-tunggu

Pertembungan antara KJ dan Rafizi

Khairy Jamaluddin atau nama glamournya KJ akan berdebat dengan Rafizi secara terbuka di Perkarangan Karangkraf, 22 Mei ini.  Isu hangit yang dibincangkan ialah tentang isu PTPTN. DIsebabkan jumlah penonton "live" hanya dihadkan kepada 400 orang sahaja, maka penonton lain yang berminat boleh bersedia di depan astro awani malam tersebut.

ISu PTPTN ni memang sangat hangit, hinggakan ada pihak sanggup buat mogok semata-mata nak mansuhkannya. Ada yang bersetuju ia dimansuhkan, dan ada juga yang tak setuju. Biasala, terpulang kepada pemikiran masing-masing. Apapun isu ni memang menjadi bualan ramai dan rasanya ramai juga yang nak tahu kesudahan DRAMA PTPTN ini..bukan menyokong, bukan membangkang, cuma cuba celik mata yang rabun ni.

ps: sebut pasal mogok, teringat tadi curi dengar perbualan dua budak sekolah bercakap pasal mogok. Dahsyat budak-budak sekarang ni.. 

PAS-UMNO sedia muzakarah 

PAS dah setuju nak bermuzakarah dengan sesiapa sahaja pasal isu-isu islam, termasuk hudud. UMNO pun dah setuju jugak nak join muzakarah tu. Jadi, nak tahu juga kalau muzakarah tu menjurus ke arah mana. HArap-harap, politik diketepikan buat sementara waktu demi agama.

Walaupun dua-dua pihak dah sepakat, belum ada kata putus lagi bila ia akan dilangsungkan. NAmpaknya, terpaksalah kita menunggu semua pihak bersedia. Harap-harap tak ada halangan dan jadilah ye.

MUzakarah ini juga dikatakan akan bersiaran langsung di media. Media mana?belum tentu lagi. TApi kalau dapat tengok live, lagi best..Demi agama, demi negara, semua pihak bersatu hati..Amin..

Comments