Drama Ahmad’s Dreams yang disiarkan di youtube didakwa karut

Oleh:Yang Tertanya-tanya

Kuala Lumpur-Drama Ahmad’s dream yang disiarkan di youtube ternyata menimbulkan keresahan umat islam di Malaysia apabila ia didakwa dicipta untuk memesongkan akidah umat islam. 

Isu ini mula dibangkitkan apabila Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia(PERBAK) membuat laporan kewujudan drama pendek dalam bentuk bersiri yang menggambarkan seorang manusia biasa menerima wahyu daripada Allah secara terus. Malah, terdapat juga seorang lelaki lain yang turut mendengar suara ghaib tesebut.

Ia bertentangan dengan akidah Islam yang melarang sebarang suara yang menggambarkan suara Allah. Malah gambaran manusia biasa sebagai orang yang menerima wahyu juga dilarang. Cerita yang digambarkan dalam drama itu juga jelas terpesong dengan apa yang tertulis dalam al-Quran.

Ini jelas menyentuh sensitiviti rakyat islam. Malah, video ini juga menggesa penontonnya mentaati Isa Al-Masih, dan bukannya Nabi Muhammad S.A.W. Ada yang mendakwa video ini dihasilkan oleh orang Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam. 

Sumber drama ini masih belum diketahui, malah ramai yang tertanya-tanya sama ada pelakon-pelakon drama tersebut berasal dari malaysia kerana ada sedikit loghat seperti orang Indonesia. Agama pelakon masing-masing juga diragui sama-ada mereka benar-benar orang islam atau tidak.

Bagaimanapun, penyebaran video ini dikatakan boleh memberi kesan buruk kepada remaja dan menyebabkan mereka terpesong. Sehubungan itu, pengguna youtube meminta pihak berkuasa menyekat drama tersebut dari terus tersebar dan menyesatkan orang ramai.

Comments