Debat

Semalam berlangsungnya debat di antara Khairy Jamaluddin dan Rafizy di perkarangan Karangkraf yang menyaksikan hujah dilontarkan dengan begitu bernas diantara kedua-dua pihak. Suasana yang pada awalnya tenang, menjadi makin panas bila isu yang diutarakan makin "pedas". Dua-dua pendebat yang hebat dan  berilmu tinggi. Tidak mustahillah kerana mereka bekas pelajar pintar yang belajar di luar negara.

Rafizy yang agak kurang mesra di telefon, menjadi begitu petah di atas pentas debat. Mungkin kerana sudah sifatnya orang yang bijak, bercakap apabila perlu sahaja. Jadi untuk mengelakkan salah faham, dia memang tak banyak komen sewaktu YTT call tempoh hati. Yang rugi siapa?YTT juga. Apapun, tahniah diucapkan kepada akauntan professional ini sebab hujahnya memang berasas.

KJ pula, siapa yang tak kenal beliau. Kepetahannya bercakap, orang boleh kata dia antara bakal pemimpin besar negara kelak. Pertama kali YTT jumpa dia, ialah ketika perjumpaan bersama AAK(rahsia) di dewan Seri Budiman, tahun 2008. Itu sebelum pilihanraya umum ke 12. Masa tu, KJ memang menang sorak. Ucapannya berapi-api dan bersemangat waja. DSB pun bergegar akibat sorakan student-student dari kalangan AAK.

Apapun, kedua-duanya sama hebat dan sama handal. Buat pertama kali, YTT rasa betapa seronoknya mendengar debat berkaitan isu polittik ni. Kalau tak, biasanya YTT akan cepat-cepat tukar channel sebaik saja tau ada isu-isu politik dibincangkan. Kalau ikut hati, rasa nak rakam balik dan tengok berulang kali, macam tengok cerita korea..heheh..

Kalau YTT jadi pengadil debat ni(kononnya), pemenang yang YTT angkat ialah Rafizy. Bukan sebab YTT berat sebelah atau sokong pembangkang, tapi sebab hujah-hujah dia memang bernas dan susah nak dipatahkan. Dia juga fokus kepada tajuk utama, walaupun ada juga yang lari-lari sikit dan dia ada banyak sumber yang boleh dipetik. Kalau dalam research, namanya citation, atau references. KJ bukan tak bagus, cuma dia banyak lari dari tajuk, dan adakalanya macam susah nak jawab balik jawapan Rafizy.

Walaupun kata-kata Rafizy tu berasas, YTT cuma bimbangkan satu benda sahaja, iaitu kesepakatan dalam PR itu sendiri. Jika sepakat itu tiada, susah nak baiki sesuatu negara, apalagi kalau nak bina balik. Ingat, rakyat bukan nak negara dibina semula, tapi nak sistem yang ada diperbaiki dan ditambahbaik. Betulkan niat nak memperbaguskan negara, bukan untuk rampasan kuasa.

P.s: YTT paling setuju dengan ayat Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digunakan Rafizy, pembangunan negara kita ada ditahap pertama, tapi mentaliti rakyat masih di tahap ketiga.

Comments