NEW
YORK - Ketua Eksekutif Yahoo, Scott Thompson meletakkan jawatan semalam ekoran
dakwaan bahawa beliau menggunakan ijazah sains komputer palsu dalam vitae
kurikulum (CV).
Susulan
satu mesyuarat lembaga pengarah pagi semalam, syarikat itu mengesahkan bahawa
Thompson, yang mengetuai firma perkhidmatan Internet itu sejak Januari lalu,
akan meninggalkan Yahoo.
Thompson
akan digantikan oleh ketua media global Yahoo, Ross Levinsohn.
Yahoo
jug berkata, Roy Bostock, pengerusi syarikat itu, juga akan berundur dan akan
diganti oleh Fred Amoroso, seorang eksekutif teknologi veteran.
Thompson
berhadapan dengan tekanan sejak aktivis Daniel Loeb dari Third Point mendakwa
beliau menggunakan ijazah palsu dalam CVnya.
Beliau
dibawa menyertai Yahoo dari PayPal awal tahun ini.
Yahoo
sebelum ini mengakui pihaknya sedar yang Thompson tidak ada ijazah dalam
jurusan sains komputer.
Comments
Post a Comment