Britney lari dari set x-factor?


TERNYATA bayaran $15 juta (RM47.48 juta) untuk satu musim The X- Factor masih belum cukup untuk membuatkan seorang artis diva menerima arahan. Terbaru Britney Spears dikatakan dengan sengaja meninggalkan tempat duduk juri semasa beberapa peserta masih lagi di pentas.

Spears dikatakan meninggalkan kerusi juri secara tiba-tiba kerana tidak tahan mendengar komen negatif yang dilemparkan penonton program kepada dirinya selepas memberikan pendapat kepada peserta.

Percaya kemunculan Spears mampu memberikan perubahan buat program realiti ini, pihak produksi juga khabarnya hanya akan terus melayan apa juga kerenah ibu muda ini.

Menurut beberapa sumber, diva itu juga berhak mengambil waktu rehat pada bila-bila masa sahaja sepanjang waktu program tersebut dan percaya itu merupakan harga yang perlu di bayar produksi kerana mahukan dirinya. Bagaimanapun Spears yang menyangkal hal ini melalui Twitter baru-baru ini memberitahu ia adalah satu salah faham.

Juri bersama rancangan tersebut, Simon Cowell turut menolak khabar angin itu dan memberitahu perkara sebenar yang berlaku.

“Tidak ada sesiapa yang meninggalkan set. Setiap kali persembahan masuk lagu ke lima atau enam kami akan diberi rehat untuk merokok atau ke tandas. Jadi, dia bukan pergi begitu sahaja," katanya.

#kalau YTT pun YTT lari. Mana tahan dimalukan macam tu. Orang baru je nak bina balik hidup, dah di caci dihina. Kalau dia buat bali perangai lama macam mana?

sumber:Utusan 

Comments