BoBoiBoy!!Jom Bercuti!!



Khas untuk mak bapak yang tak tahu nak bawak anak dia pergi mana, dan untuk kanak-kanak yang tengah cuti sekolah ni…Jom, BOBOIBOY!!

Karnival Boboiboy di taman tema air

MELAKA: Cuti penggal persekolahan menjadi lebih bermakna bagi golongan kanak-kanak ketika berkunjung ke Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh bersama keluarga kerana berpeluang melihat lebih dekat lagi watak animasi kegemaran mereka yang cukup popular masa kini, Boboiboy yang dibawa khas ke taman tema terbabit.

Pengurus Besarnya, Seow Cheng Swee berkata, ia kali pertama Boboiboy mengadakan karnival di Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland di Ayer Keroh, di sini.

Menurutnya, pelbagai acara diadakan sempena Karnival Boboiboy membabitkan permainan dan pertunjukan yang mampu merangsang aktiviti sihat di kalangan ahli keluarga selain memberi sokongan terhadap animasi tempatan.

Beliau berkata, ia pasti menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berkunjung ke taman tema berkenaan khususnya ketika berlangsungnya Karnival Boboiboy dari 2 Jun hingga 4 Jun ini yang menyediakan pelbagai aktiviti di pentas utama termasuk ruang tertentu dalam taman tema berkenaan.

Katanya, antara aktiviti menarik sempena karnival Boboiboy membabitkan tarian senaman bersama Boboiboy dan Yaya di pentas utama, pertandingan mewarna Boboiboy (booth Boboiboy), teka silangkata gergasi Boboiboy (Giant Puzzle Boboiboy), kuiz sukan Boboiboy dan banyak lagi.

“Acara bermula dari jam 9.15 pagi hingga 6 petang manakala aktiviti dan permainan dikendalikan Boboiboy.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menyertai semua aktiviti Boboiboy di booth Boboiboy disediakan.

-sumber: Metro

Comments