Bintang Bee Gees meninggal dunia

Robin Gibb, penyanyi kumpulan terkenal British, Bee Gees meninggal dunia pagi tadi pada usia 62 tahun selepas bertarung sekian lama dengan kanser, kata ahli keluarganya. 

"Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan," kata keluarga penyanyi itu dalam kenyataan dari London.

Barry, Maurice dan Robin Gibb mencipta nama dalam dunia pop pada 1970-an dengan lagu-lagu popular termasuk "How Deep Is Your Love", "Stayin’ Alive", dan "Night Fever". 


sumber:peraknews

Comments