Bina pustaka di pusat beli-belah??I like..

Idea yang YTT suka, sebab YTT pon kalau pegi shopping kompleks, tak ada tempat best nak rilekkan kaki. Yelah, sambil rilek boleh isi masa dengan berfaedah. Jangan guna buat benda pelik2 sudah. 

Rasanya kedai2 buku mungkin risau sikit kot. Tapi jangan bimbang sangat. Apakata jadikan perpustakaan tu tempat untuk promosikan buku kalian. Ala, mesti ada cara untuk cooperate dengan perpustakaan tu . Yang penting, idea!

Bina pustaka di pusat beli-belah

MELAKA 30 Mei - Semua pusat beli-belah di negeri ini disaran membantu kerajaan mewujudkan sebuah perpustakaan yang disediakan secara percuma untuk menyemai minat membaca di kalangan masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu boleh menjadi satu daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat sambil dibantu oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam).

Menurutnya, kini, hanya terdapat sebuah pusat beli-belah di negeri ini iaitu Aeon Bandaraya Melaka (Jusco) di Jalan Panglima Awang yang menyediakan satu ruang percuma kepada Perpustam untuk mewujudkan perpustakaan.

"Di bawah gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sewajarnya kita mengambil inisiatif menyediakan perpustakaan yang memberi akses yang mudah kepada masyarakat.

"Saya berharap semua pusat beli-belah agar dapat mencontohi usaha dilakukan Aeon Bandaraya ini," katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti 1Malaysia Aeon Bandaraya Melaka di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Perpustam, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris.

Kata Mohd. Ali, Perpustakaan Komuniti 1Malaysia Aeon yang terletak di tingkat dua bangunan itu melakar sejarah apabila menjadi gedung ilmu pertama di buka di dalam pusat beli-belah di negeri itu.

Mula dibuka pada 5 Februari 2010, beliau berkata, perpustakaan itu berjaya menarik seramai 27,959 pembaca pada 2010 dan meningkat kepada 30,628 pengunjung pada tahun lalu.

"Peningkatan ini menunjukkan landskap pencarian ilmu telah melalui perubahan, daripada sebuah gedung ilmu semata-mata kepada perpustakaan yang dikelilingi pelbagai kemudahan lain seperti hiburan dan aktiviti beli-belah," katanya.

Perpustakaan Komuniti 1Malaysia Aeon merupakan perpustakaan yang ke-68 milik Perpustam.

Comments