Betul ke Adam Adli nak bertanding PRU-13?


Persatuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Itu satu perkembangan besar dalam arena politik negara. Sejak 57 tahun kita merdeka, ini kali pertama mahasiswa dibenarkan untuk bertanding. Bagaimana atau siapa calon yang dipilih, itu belum lagi dipastikan.

YTT tidak membantah kalau seorang mahasiswa mahu bertanding mewakili suara mahasiswa lain. Itu petanda bahawa mereka sudah bersedia menjadi pelapis pemimpin masa depan. Yang YTT risau cuma satu perkara, kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Bak kata orang, belajar tak tamat lagi, politiknya tah kemana.

Untuk bertanding, bayarannya tetap ada. Kalau anak orang kaya, rasanya tidak bermasalah. Kalau anak orang biasa-biasa? Peluang untuk menang pun hanya 50-50 sahaja. Mampu ke mahasiswa menanggung beban belanjawan? Kecualilah ada yang sanggup menanggung. Dalam dunia politik ni, tiada apa yang mustahil.

Untuk menjadi seorang pemimpin, bertanding sahaja tidak cukup.  Kenapa tidak penuhkan 
dulu ilmu di dada, rapatkan diri dengan masyarakat, dan selami kesusahan mereka. Pemimpin yang baik ialah untuk memimpin dan membantu rakyat, bukan sekadar memegang jawatan semata-mata.

Ada gossip mengatakan calon yang akan diletakkan oleh persatuan mahasiswa itu ialah Adam Adli. Siapa budak ni? Macam mana boleh tercalon dan apa pula kelebihannya? Lucunya gossip ni sampai kepada kawan YTT kat Birmingham dulu sebelum YTT tau. Hebat betul politik Malaysia.

Adam Adli ni sebenarnya satu nama yang kalau sebut, ramai orang kenal. Nama mahasiswa ini bukanlah asing dalam dunia politik. Beliau banyak terlibat dengan kegiatan politik dan sekarang digantung pengajian kerana terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Masih tidak begitu jelas kelebihan yang ada pada anak muda ini. Mungkin ada kelainan yang boleh dibawa oleh beliau, namun semua itu sukar nak dijangka. Jika benarlah beliau akan bertanding, kita ikut sahaja rentak mereka. Mungkin ada perubahan positif yang akan dibawa, iupun jika dia mampu menang.

Inilah penangan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kepada negara. Apapun, kita tengok perkembangan semasa nanti. YTT hanya pemerhati, tapi YTT memang alu-alukan pembangkang kerana jika ada persaingan, barulah ada tekanan untuk jadi lebih baik kan?Siapa pembangkang dan siapa pencadang itu YTT tak nak bincang.

Apapun YTT suka dunia yang happening dan meriah! Jangan tunggang terbalik sudahlah!

Comments