Seorang bayi yang lahir dari seorang
ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara
logik, bagaimana boleh?
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi
ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk
dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal
dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik
setelah Jayne Divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan
caesar.
Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak
merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia
merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke
Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan
bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasukan doktor mencuba sedaya upaya
dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh
berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu
dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan.
Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh
berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si
bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
Setelah pasukan doktor berjaya
mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya
untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan
intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil
dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si
ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.
Comments
Post a Comment