BAiknye hati...Nelayan dapat elaun sara hidup



Hmm, baik hatinya kerajaan kita ni. Siap bagi sara hidup kat nelayan-nelayan kita. Tapi soalannya, sampai bila?Takkan nak bagi tiap-tiap masa kot?Tak kelautla jawabnya diorang. Kalau diorang tak ke laut, sumber makanan laut akan jadi makin kurang. Kalau sumber ikan makin kurang, terpaksalah  kita import makanan laut dari luar. Kalau import, banyaklah matawang kita yang mengalir bak air. Hmm, tak elok kalau jadi macam tu. Tapi kalau setakat bagi sampai waktu tertentu je, mesti diorang cakap untuk raih undi je. Macam mana tu??Mungkin la kalau setakat rm200 sebulan tu, tak cukup. Tapi kalau duit tu digunakan untuk beli benda-benda yang tak sepatutnya, apa yang akan jadi?Manusia ni, kalau dah terlalu banyak disuap, dia akan kenyang dan tertidur kemalasan. Itu hakikat yang susah orang nak jangka.

#sorry, terlebih tanda tanya YTT ni..

Nelayan terima elaun RM2.44j

ALOR GAJAH 28 Mei - Sebanyak RM2.44 juta dibelanjakan kerajaan menerusi pemberian elaun sara hidup kepada seluruh nelayan di negeri ini tahun lalu.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka/Negeri Sembilan, Baharin Omar berkata, sehingga April tahun ini sebanyak RM796,400 telah diberikan kepada seramai 1,010 nelayan termasuk 874 nelayan di Melaka Barat.

Menurutnya, setiap nelayan menerima wang tunai sebanyak RM200 melalui elaun berkenaan yang diberikan setiap bulan sejak Jun 2008.

Beliau berkata, pemberian elaun itu merupakan insentif yang hanya diberikan di negara ini kepada golongan nelayan bagi meningkatkan pendapatan golongan itu.

"Pemberian elaun ini akan dapat meringankan beban nelayan dan merupakan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan ini yang menjadi salah satu daripada pemangkin ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan elaun itu kepada 223 nelayan kawasan Melaka Barat berjumlah RM44,600 di Kuala Sungai Baru, di sini baru-baru ini.

Elaun itu diserahkan Penghulu Kampung Tanjung Bidara, Md. Sabri Husin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Baharin berkata, pemberian elaun diharapkan dapat meningkatkan pendapatan nelayan selain meringankan beban perbelanjaan seharian golongan tersebut.

Katanya, pemberian elaun itu juga merupakan salah satu langkah kerajaan memperkasakan ekonomi nelayan selain pemberian subsidi petrol dan diesel.

Comments