PETALING
JAYA: Stesen televisyen TV3 akhirnya mengesahkan secara rasmi aktor Awal
Ashaari dilantik sebagai pengacara tetap rancangan Melodi bagi menggantikan
Dira Abu Zahar.
Awal Ashaari
akan berganding dengan Zizan Razak pada awal Jun depan.
Penerbitnya
Azman Abd Gafar berkata, pemilihan Awal itu adalah satu strategi berdasarkan
sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum
ini.
"Kami
yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu
mengendalikan rancangan dengan keunikan tersendiri. Malah mempunyai kelompok
peminatnya tersendiri.
"Bukan
sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang,
gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan
yang sudah sebati dengan penonton.” katanya dalam satu kenyataan media yang
dikeluarkan di sini, Isnin.
Zizan tidak
lagi bergandingan dengan Dira dalam 'Melodi'.
Tambah Azman,
pihaknya juga telah melakukan perbincangan dengan Dira dan wanita itu akur
dengan keputusan untuk berundur daripada Melodi.

"Pihak
produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat bukan
sahaja di dalam bidang pengacaraan malah juga lakonan.
"Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepadanya yang
sentiasa komited bersama kami sejak Mac tahun lalu hinggalah ke penghujung
bulan Mei ini," ujarnya.
Bagaimanapun,
Azman berharap, perubahan pengacara yang dilakukan tidak memberi pandangan
negatif masyarakat.
Comments
Post a Comment