KAMPUNG
RAJA, 20 Mei 2012 – Seorang wanita
terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja
perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut
pada 25 April lalu.
Ketua
Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira
jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas
buaian.
Menurutnya,
kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya
itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.
“Sebelum
itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua
di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit
Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin
berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut
telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman
rumah.
Menurutnya,
lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan
melalui kawasan tersebut.
Sementara
itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,
kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.
“Siasatan
awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai
mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.
Kamaruddin
berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur
18 tahun berhubung kes itu.
Dia
kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit
kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.
Comments
Post a Comment