Aishwarya Rai gemuk selepas melahirkan anak??

Selepas melahirkan anak pertamanya bersama Abbishek Bachan, berat badan Aishwariya dikatakan meningkat dan tidak turun-turun. Ini menyebabkan beliau mendapat kritikan daripada peminat-peminatnya yang mahukan Aishwariya sentiasa slim dan cantik.
 

Bekas ratu cantik dunia  dan pelakon terkenal bollywood ini telah melahirkan seorang anak perempuan,Aaradhya, November tahun lalu. Ramai yang mendesak beliau menurunkan berat badannya secepat mungkin supaya imejnya kembali cantik.

Apapun pada aku, tak salah pon kalau dia gemuk. Bukan dia yang nak, tapi dah badan tu yang susah nak turun. Mungkin artis berusia 38 tahun ni dah kurang metabolismanya, siapa tahu?  


Disebabkan si artis ni memang sangat cantik sebelum ni, ramailah yang nak dia kembali slim macam dulu. Tapi pada aku, dia tetap cantik jugak. Mana tau Abbishek lebih suka dia macam ni, siapa tau?

Sebelum ini model terkenal dunia, Tyra Banks turut mengalami masalah kenaikan berat badan yang melampau sampai nampak gemuk walaupun dia sepatutnya maintain badannya sebab dia seorang model. 

Baru-baru ini Tyra menulis surat terbuka kepada THe Daily Beast tentang langkah besar yang diambil oleh Majalah Vogue apabila majalah itu mem"ban" model-model saiz anerorexia yang sebelum ini jadi pilihan utama majalah tersebut.

 Itu seolah-olah mengumumkan yang supersized model lebih cantik sekarang..

Gambar kat sebelah ni gambar terbaru Aishwarya...Baju yang dipakainya ternyata menyerlahkan kecantikannya walaupun badannya masih lagi berisi..

Comments